Monday, February 8, 2010

Surat cinta untuk Rasulullah

Airmata mengalir deras. Tah mengapa belum sempat ku menulis, air hangat ini laju saja mengalir, umpama hujan lebat yang menitis ke bumi. "Ya Allah, terasa rindu benar untuk menangis seperti ini..kali ini bukan kerana rindukan Mu tapi kerana rindukan Rasulullah.."

Aku dan yang lain diminta menulis surat kepada Rasulullah saw. Seumpama baginda masih hidup, ceritalah apa saja yang aku mahu, buatlah ayat yang bagaimanapun untuk dibaca oleh insan yang sangat mulia ini. Lalu rasa malu begitu hebat sekali, namun aku tetap ingin meneruskan menulis surat ini. Tah kenapa terasa terketar-ketar jariku..aku ingin menulis dengan cantik, tapi ia jadi tulisan seorang doktor juga...

Masa yang diberi terlalu singkat, sepertinya aku ingin terus menulis lagi. Terlalu banyak yang ingin aku ceritakan pada Rasulullah, terlalu dalam perasaan cinta ini kepada baginda. Aku tulis sehelai penuh depan dan belakang. Lalu ku baca dalam hati. Ah malunya. Layakkah surat ini dibaca oleh insan mulia sepertinya?

Sebelum itu kami ditayangkan dengan tayangan kisah dakwah Rasulullah saw. Walaupun cuma lakonan, tapi cukup meninggalkan kesan. Benarlah, kita ini sudah terlalu jauh berenak-enak di sini, hilang rasa menghargai akan perjuangan Rasulullah. Program kita acapkali gembira dan manis, tapi program baginda penuh dengan penyeksaan dan syahid, berkorban demi membela dan menegakkan agama tercinta ini.

Apakah yang hendak aku nyatakan pada Rasulullah? Nak cerita jasa yang ada amatlah jauh sekali. Nak cerita kesusahanpun sama, banyak yang senang dari yang susah. Nak cerita amal ibadah lagilah jauh...

Aku cuba untuk menghabisi kudrat yang ada dengan terus berjuang di jalanmu. Inilah jalan yang penuh dugaan, onak duri dan kepayahan, walaupun ia tidak sehebat jalan yang pernah Rasulullah hadapi...

Hadis Riwayat Imam Tarmizi, Al-Hakim, Al-Baihaqi dan lain-lain dari Ibnu Abbas r.a : Telah Berkata Abu bakar

" Wahai Rasulallah kamu telah beruban! Nabi Menjawab:" Surah Hud, Al-Waqeah, Al-Mursalat, Amma yatasaalun, Izas Syamsu kuwwirat telah menjadikan rambutku beruban".


Dalam Hadis yang lain Ibnu Abbas r.a menyebut dalam menafsirkan ayat 112 surah Hud, bahawa tidak pernah diturunkan ayat kepada Rasulullah seberat ayat 112 ini, oleh itu Nabi bersabda Surah Hud ...telah menjadikan rambutku beruban.

Ayat 112 surah Hud yang Mafhumnya :
"Beristiqamahlah kamu sepertimana yang diperintahkan, begitu juga sesiapa yang bersamamu yang telah bertaubat (berada dijalan benar, hendaklah mereka beristiqamah juga seperti kamu) dan janganlah kamu melampaui batas-batas (yang telah diperuntukkan) Sesungguhnya Dia maha melihat apa saja yang dilakukan kamu".


Antara sebab-sebab lain yang menjadikan Nabi s.a.w begitu gerun berhadapan dgn surah-surah tersebut :

1. Gambaran hari kiamat yang sangat dahsyat dan jelas diperlihatkan di dalamnya seolah-olah beliau melihat dengan matanya sendiri.

2. Sangat bimbang tidak dapat melaksanakan tugas-tugasnya seperti yang diminta oleh Allah swt.

3. Cerita-cerita nabi terdahulu yang banyak dipaparkan di dalam surah Hud begitu sadis dan mencabar dalam melaksanakan risalah Allah swt. apakah beliau mampu mengikuti jejak-jejak mereka?

4. Teguran-teguran lansung dari langit kepada tindak tanduk beliau dalam menyampaikan risalahnya menyebabkan beliau sering bermuhasabah dan bimbang teralpa dengan tugas-tugasnya.

5. Bimbangkan umatnya tergelincir dari landasan yang benar, dan gagal merasai dahsyatnya hari kiamat yang akan menyebabkan mereka berlengah-lengah dari bertaubat dan kembali ke jalan Allah.


Betapa sayang, cinta dan kasihnya baginda terhadap kita tapi kita?


post signature


[+/-] Baca lagi...

Saturday, February 6, 2010

Jika...

Jika hati sudah disuluh cahaya iman, automatik segalanya berubah..perwatakan dan penampilan,akhlak dan budi bicara..

Wanita muslimah, tanyakan pada diri anda, adakah penampilan anda sekarang nie boleh digunakan di dalam solat? Jika boleh, teruskanlah..jika tidak tanyakan, mengapa? Tudungnya jarang? atau seluarnya ketat? Atau lipstiknya?

Ya Allah, moga Kau ampuni dosa-dosa kami ya Allah..yang sering mempertikaikan apa yang telah Kau perintahkan..sedangkan Kau Maha Tahu mengapa Kau turunkan sesuatu perintah dan larangan...



post signature

[+/-] Baca lagi...

Tuesday, February 2, 2010

Jadi mataharilah!

Aku ingin terus menulis di sini. Tapi kekangan waktu membataskan aku untuk menulis. Lalu aku berfikir cukup sekadar aku menyuarakan perasaan yang sedang bertandang dalam hati ini walaupun aku rasa tidak puas hati kerana tidak memberi apa yang sepatutnya aku berikan pada mereka yang menjadikan blog ini satu manfaat.

Dulu aku ada diary, sekarang walaupun aku ada blog peribadi tapi ia tak sama macam diary kerana diary hanya aku dan Allah saja yang boleh membacanya sedangkan blog peribadi, selagi tak set privasi maka ia akan terus ditatap oleh sesiapa saja..

Cuma aku rasa aku seolah-olah terlalu sibuk untuk update blog. Aku mahukan terus memberi manfaat untuk orang lain tapi dalam masa yang sama aku sendiri tidak dapat memberikan manfaat untuk diri dan keluarga.

Kebelakangan ini aku rasa sedih akibat musibah yang berlaku, namun hari yang berlalu menjadikan aku lebih matang malah lebih bersyukur dan menghargai nikmat yang Allah bagi. Sesuatu perkara itu tidak mudah kita hargai melainkan apabila kita kehilangannya..


Aku takut masa yang berjalan ini terus berjalan tanpa aku sempat top up amal yang tak seberapa ini. Syukurlah aku masih ada sahabat-sahabat seiman yang sentiasa prihatin dan mengambil berat akan kebajikan dan hak sebagai saudara sesama Islam. Itulah pentingnya amal jamaie bagi ku. Kita tidak mungkin dapat bergerak dan menyatakan kita telah melakukan amal makruf nahi mungkar secara individu. Kita fitrahnya perlukan insan-insan lain untuk saling ingat mengingati dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran...Serigala akan mudah membaham kambing yang terpisah dari kumpulannya. Begitu juga diri kita, apabila kita sorang-sorang, syaitan akan mudah masuk membisik kata-kata hasutan. Itulah pentingnya usrah bagiku dan kerana itu insya Allah diri ini masih mampu berdiri. Sebuah rumah juga takkan membangun tanpa ada rumah-rumah yang lain seperti jiran tetangga.

Rasulullah juga ada usrahnya yang tersendiri cuma ia tidaklah di istilahkan usrah. Tapi point pentingnya di sini dengan amal jamaie ada pihak yang memantau diri kita. Di universiti dulu banyak aja pergerakan atau istilah jemaah tapi bukan semua yang follow up sampai student grad. Tamat saja alam kampus, tamat juga alam dakwah. Yang kesiannya siapa, diri kita juga...

Kalau kita seorang yang proaktif alangkah bagusnya! Tapi kalau kita tidak mampu lagi, itulah penting keakhawatan..

'Nur' yang diberi bukan mudah untuk diperolehi oleh itu sesamala kita hargai dan membajanya agar terus subur, bercambah dan berbuah..

Tidak mahu menjadi lilin tapi nak jadi matahari..atau ada istilah lain yang lebih baik dari itu?


post signature


[+/-] Baca lagi...

Wednesday, January 20, 2010

Selamat hari lahir Maryam!



Alhamdulillah, anak ummi sorang nie dah berumur setahun hari ini. Ummi sungguh bahagia dan sejuk perut melihat Maryam membesar menjadi seorang anak yang insya Allah solehah dan genius...

Maryam sememangya memiliki keupayaan dan kehandalan lebih dari pengamatan aku, berbanding dengan abang dan kakaknya. Aku yakin puncanya kerana didikan awal yang aku terapkan..kerana dulu aku fikir bayi hanya tahu main dan mempunyai kebolehan yang terhad. Tapi aku silap. Sebenarnya bayilah mempunyai kebolehan dan anugerah luar biasa kerana sejak lahir keupayaan otak bayi untuk menerima ialah sebanyak 50% iaitu dari 0-4 tahun dan akan berkurangan kepada 30% apabila berumur 5 tahun ke atas. Ini aku dapat waktu dijemput oleh Grolier untuk test IQ anak di salah sebuah shopping complex di Sp.

Bermula sebelum itu lagi aku sudah memandang dengan pandangan yang berlainan terhadap bayi dan kanak-kanak. Apabila diberi penerangan saintifik, lagilah aku memandang dengan penuh takjub sekali sambil memuji kebesaran Allah.

So akupun mula lah mengajar Maryam beserta abang dan kakaknya apa-apa saja pengetahuan yang aku tahu agar otak mereka dapat stimulate dengan jayanya. Di usia Maryam yang setahun jagung nie ada beberapa kebolehan yang dia berjaya lakukan, yang abang dan kakaknya tak diasah dahulu...sedih juga kat abang dan kakak, sob..sob..tapi takpe masih belum terlambat...

** Maryam boleh tunjukkan skil membuat bunyi haiwan (kalau pasal haiwan dia memang suuuukaaaa sangat dan enjoy bila belajar)..antara bunyi yang dia boleh ajuk ialah bunyi chicken, tiger, leopard, eagle, elephant, cat (cat dia tak bunyi meow tapi bunyi bila kita nak panggil cat..macam bunyi cicak.. yang clear bila sebut chicken, nanti dia sebut pok pok..hehe)...walaupun ada antara bunyi tu lebih kurang jer bunyi macam tiger dan leopard, eagle dan elephant..nie dapat dari Little reader yang aku ulangtayang beberapa saat kat dia setiap pagi...

** Boleh sign bath= ni memang aku terkejut sebab asalnya aku bercakap dengan abang dan kakak tapi bila dia dengar dia terus angkat baju dia, konon2 nak bukak baju untuk mandila tu...

** Lepas tu kalau sebut drink nanti dia terus carik minuman dia. Sama juga dengan eat. Biasanya lokasinya di dapur. Bukan drink je tapi kalau dia nak makanpun dia akan menuju ke dapur dan tunjuk sambil jerit2 panggil kita suh tolong amikkan..yerla nak cakap tak khatam lagi..

** Faham kalau kita sebut wave nanti dia lambaikan tangan, point, walk, sit, stand, dirty, can not, no, come here, finish, very good girl, kick, kalau smile dan laugh sama dua2 sengih nampak gigi dan dia boleh tunjuk kat mana eye, nose, hair dan ada lagi yang ringkas-ringkas..

** Ada skali tu aku saja je nak suruh dia jangan kacau aku, aku cakap where is the ball? Pastu dia elok je jalan amik ball dan bagi kat aku...aiyak..terkejut sekejap..yerla tak penah ajarpun pasal ball..agaknya dia belajar secara tak sengaja..subhanallah..

** Sekarangpun pantang pintu terbukak, nanti dia carik kasut dia dan bagi kat kita suh pakaikan, padahal masa mula-mula belajar pakai kasut, siap angkat kaki suh bukak sebab tak selesa...

** Kalau dengar azan nanti diapun azan sama sambil tangan letak kat telinga. Kalau doapun sama..masa solat pulak dia boleh sujud je dalam keadaan dia duduk sambil kaki terbuka...

** Nie lagi satu yang mana-mana bayi atau kanak-kanak cepat je belajar..lagu! kalau dengar muzik yang ada suara, diapun nyanyi sama..nie muzik yang dia biasa dengar..ada skali tu dalam kereta..dia baru lelap sambil bf..lepas tu abang Iman pasang lagu Sami Yusuf tajuk Muallim...terus dia bangunkan diri dia dan nyanyi...masya Allah...

** Lagi satu, dia memang tak bole tengok Ummi ngadap laptopkan...tapi Ummi puji sebab dia akan datang carik Ummi sambil tunjukkan sesuatu..especially menda yang Ummi selalu ajar macam buku atau papan tulis...maknanya dia ajak aku ajar dia...so untuk encourage, kenala benti dan fokus kat dia yang minat nak belajar...

** Paling menggembirakan Ummi masih lagi istiqamah bf Maryam, walaupun dugaan ada juga datang dan pergi tapi insya Allah kalau boleh sampai 2 tahun macam kak Iffah...tahniah diri sendiri...

Sebenarnya tujuan aku ajar dia in english supaya dia juga dapat menguasai english selain dari B. Melayu yang sememangnya digunapakai di rumah. Ada juga bahasa Arab yang diajar sket-sket. Jangan ingat Ummi handal dalam BI sebab ummipun macam kanak-kanak lagi...kiranya sama-sama belajar.. Sangat bagus pada ibu-ibu yang mempunyai kemahiran bahasa yang banyak jadi boleh ajar bayi mereka bahasa, kerana bayi sangat mahir bermain dengan bahasa. Maklumla otak span, senang je menyerap.

Masya Allah betapa indahnya menjadi seorang ibu. Ummi berdoa semoga Maryam dapat mencontohi tokoh terbilang Maryam yang taat kepada Allah dan sabar dengan ujian Allah dan semoga Maryam menjadi anak yang solehah serta menjadi ukhti yang daieyah...macam nama buku pulak ya...

Insya Allah mana yang aku dapat tu boleh dikongsi bersama di sini, sedikit demi sedikit...


NOTE of the day~ How to raise your child's self-esteem!

1- Tell your child you love him at least once a day...(to be continued...)

post signature


[+/-] Baca lagi...

Tuesday, January 19, 2010

Anak masa kini

Di suatu hari...seorang anak lelaki bertanya kepada sang ibu apabila melihat satu cerita dalam televisyen

"Ummi, napa dia dah besarpun dia kata saya?"

"Yelah, dia nak kata saya, apa salahnya."

"Ummi kata orang besar kata aku, budak kecil je kata saya."

"Takpe, orang besarpun bole panggil saya jugak..."

"Mana boleh, kalau macam tu orang kecilpun boleh panggil aku, kalau orang besar boleh panggil saya..."

"Erk.." (Cerdik pulak budak nie...kecik-kecik dah pandai menganalisa..)


Sebenarnya kisah tersebut berlaku rentetan daripada teguran ibu agar anaknya tidak menggunakan kata ganti nama aku apabila bermain-main dengan adiknya atau kawan-kawan..

"Jangan panggil aku, panggil saya..."

"Napa tak boleh?"

"Yelah, tu orang besar je boleh panggil aku.."




post signature

[+/-] Baca lagi...

Monday, January 4, 2010

Tetapkan aku sebagai orang yang memberi peringatan


Bismillah...

Lamanya aku rasakan tak update blog. Sekarang aku kemaruk dengan hobi baru..iaitu berkebun! Baru aku tahu aku suka berkebun rupa-rupanya. Serupa cam mak aku gak. Dulu ingat ke hanya sekadar minat gitu-gitu je sebab suka tengok halaman rumah yang dihias indah dengan landscap yang cantik. Bila dapat duduk di rumah sendiri, keinginan tu membara-bara. Memula agak kecewa sebab tidak mendapat kata sepakat dari suami. Bila dah curhat, baru la tahu rupa-rupanya persepsi orang lelaki terhadap minat dan hobi memang totally different daripada orang pompuan. So skang nie aku happy sangat sangat (10x) sebab suami tak kisah dengan dunia baru aku yang minat dengan landscapping.... :)

Disebabkan laman rumah aku yang sekangkang kera tu lah menyebabkan aku yakin untuk DIY taman mini aku..memanglah seronok sangat kalau ada kolam atau water feature tapi bagi aku yang mempunyai bajet yang kecik dah dapat make over dengan kudrat dan citarasa sendiripun dah cukup bersyukur.

Sekurang-kurangnya isu ini telah mengeratkan lagi perhubungan kami suami isteri. Suami ku juga tidak ketinggalan membantu dan aku rasa perkara sebegini walaupun nampak macam remeh tetapi jika tidak menggunakan komunikasi dua hala dalam perhubungan rumahtangga, sudah tentu akan menimbulkan konflik.


Rupanya inilah mastitis

Aku tidak pasti sebelum ini aku pernah mengalami mastitis kerana sebelum ini yang aku sangkakan bengkak susu adalah mastitis. Mungkin aku pernah kena sekali sewaktu berpantang bersalinkan Iman. Dan yang aku biasa kena, ia akan kembali reda apabila aku menuam dengan air panas.

Entah macamana ia bermula apabila aku mendapati ianya sakit, selain rasa tak sedap badan dan rasa nak pitam. Memula aku sangkakan aku terlalu penat kerana aku dalam program mukhayyam waktu itu, mujurlah kena waktu mukhayyam hampir berakhir. Malam tu aku tak tuam macam biasa kerana aku sendiri tak dapat cari punca pembengkakakan tersebut, dan kerana penat dan tak larat lebih kepada nak pitam dan sakit satu badan sebab nak demam.

Esoknya aku bersuara kepada abi untuk ke klinik berhampiran pada waktu malam. Doktor pelik sebab dari bengkak tu macam dah beberapa hari kena tapi aku baru kena semalaman. Apabila doktor kata aku sepatutnya masuk wad, aku sudah mula cuak. Doktor menyarankan aku mengambil sejenis antibiotik yang agak kuat dan sekiranya tidak beransur reda doktor kata aku harus dioperate untuk membuang jangkitan kuman yang sudah bernanah itu. Aku cuba mengawal perasaan takut. Doktor juga kata susu tu jangan bagi bayi minum, pam dan buang. Kesian Maryam kerana aku sudah beberapa kali memberi dia susu yang tercemar tersebut kerana tersalah faham. Sebab aku baca bagi bayi pada bahagian yang bengkak terlebih dahulu tapi itu jika bengkak biasa, bukan yang sudah dijangkiti kuman...

Esoknya Maryam pulak demam. Batuk belum reda, kena pula selsema. Aku membawa Maryam berjumpa Pakar Kanak-kanak. Rupa-rupanya tekak Maryam ada putih-putih. Oh baru aku terasa ada kaitan dengan mastitis aku. Mesti kuman di tekaknya yang menyebabkan aku kena mastitis. Itu diagnosis aku kerana aku tidak pula refer semula ke klinik setelah mastitis aku bertambah pulih. Alhamdulillah...syukurlah aku masih berupaya menyusukan anak ku walaupun fobia tetap ada. Patutlah tak semua ibu yang sanggup menyusukan anaknya kerana bukan mudah menggalas tanggungjawab ini. Apapun menyusukan anak juga sebahagian dari ibadah...


Target tahun ini...

Sebenarnya aku teringin juga nak buat satu blog khas untuk menceritakan aktiviti yang aku lakukan seharian dengan anak-anak tetapi aku tidak yakin aku boleh update dengan konsisten, aku rasa cukuplah dengan blog ini sebagai pengabadian segalanya...


Sebenarnya tiada apa yang luar biasapun walaupun aku berazam untuk menjadikan sesuatu yang luar biasa itu sebagai tidak mustahil untuk dilakukan..Macam para ibu yang lain aku juga berimpian untuk melihat anak-anak menjadi insan yang soleh dan kamil, insya Allah.

Iman sekarangpun dah masuk tadika di Tadika Abim berhampiran rumah, 'Iffah yang nampak advanced untuk tadika tapi buat masa ini kami berpendapat biarlah dia 'tadika' dengan umminya dulu, sama dengan Maryam, sicomel yang dah pandai berjalan...

Oleh kerana aku seorang ibu yang lambat menimba pengetahuan tentang pendidikan awal kanak-kanak, (lambat ke malas?) aku dapat lihat Maryam lebih advanced dari kakak dan abangnya. Ini adalah kerana diusia sebelum setahun, dia dah pandai sign dan bertindak balas dengan apa yang dipelajarinya. Aku yakin kalau aku apply pada abang dan kakak, mereka juga boleh jadi macam Maryam. Tapi tiada istilah terlambat bagi aku, sekarangpun Iman dan Iffah masih boleh belajar lagi..sedangkan mereka yang bergelar atuk-atuk dan nenek-nenekpun sanggup belajar lagi ke menara gading, inikan pula kanak-kanak...

Aku harap aku dapat mencapai sasaranku agar Iffah sudah boleh membaca selewatnya umur 5 tahun dan Maryam pula 2 tahun. Subhanallah...macam yoyo je aku nie..insya Allah tiada yang mustahil dengan izin Allah. Kalau bayi dan kanak-kanak lain boleh buat takkan anak-anak aku tak boleh. Insya Allah semuanya dengan izin Allah...tapi sudah tentu bukan dengan cara paksaan..aku mahu anak-anak enjoy atau have fun belajar..kalau tak cakap targetpun takpe yang penting meka mahu membaca..kiranya menanamkan minat membaca lebih penting bagi aku...


Istiqamahlah

Aku masih merindui dan menghargai nikmat Iman yang ada dalam hati ini. Mudah-mudahan ia akan teguh dan subur walaupun seringkali jua ia tenggelam timbul...Ya Allah, ampunilah aku. Moga aku tetap sebagai orang yang terus memberikan peringatan, amiin


post signature


[+/-] Baca lagi...

Wednesday, December 30, 2009

You came to me...



VERSE 1

You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me took my breath away

Showed me the right way, the way to lead

BRIDGE 1

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want Is to be with you

You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you

CHORUS (x2)

VERSE 2

You came to me in a time of despair
I called on you, you were there
Without You what would my life mean?
To not know the unseen, the worlds between

BRIDGE 2

For you I’d sacrifice
For you I’d give my life
Anything, just to be with you

I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want Is to be with you



CHORUS (x2)

MIDDLE 8

Showed me right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

You came to me
In that hour of need
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

BRIDGE 3

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you

You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you

CHORUS (currently X2)

FINALE
Showed right from wrong
showed me right from wrong...

post signature


[+/-] Baca lagi...